Piala AFC: JDT Layak Ke Separuh Akhir - Sukan | mStar

Piala AFC: JDT Layak Ke Separuh Akhir

Pemain JDT Gabriel Guerra dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak cuba menanduk bola sambil dicabar pemain Magwe FC Naing Lin Tun pada perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam Rabu. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir zon ASEAN bagi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah menang selesa 3-1 ke atas wakil Myanmar, Magwe FC pada aksi terakhir kumpulan F di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam Rabu.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengiringi juara Kumpulan F, Global FC dari Filipina yang turut mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas wakil Kemboja, Beoungket Angkor FC dalam satu lagi aksi di laman sendiri.

Pada aksi di Larkin, penyerang import dari Argentina, Gabriel Guerra muncul wira JDT apabila meledak hatrik untuk membantu skuad Harimau Selatan meraih tiket ke separuh akhir zon ASEAN.

JDT bagaimanapun ketinggalan seawal minit ketiga setelah Kyaw Swar Linn menanduk masuk hantaran daripada rakan sepasukan sebelum Guerra menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-15 menerusi percubaan cantik daripada luar kotak penalti yang menerjah penjuru kanan gawang gol Magwe FC.

Guerra terus mempamerkan ketajamannya selaku penggempur berbisa JDT apabila menanduk masuk bola hantaran daripada rakan sepasukan, Safiq Rahim pada minit ke-58 sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78 untuk mengesahkan kemenangan bermakna untuk pasukan tuan rumah.

JDT dijadualkan menentang juara Kumpulan G, Ceres Negros FC dari Filipina pada aksi separuh akhir zon ASEAN yang menggunakan format timbal-balik pada 17 dan 31 Mei ini.

Dalam pada itu, cabaran satu lagi wakil negara Felda United berakhir setelah kalah 1-4 kepada wakil Vietnam, Hanoi FC pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium My Dinh, Hanoi.

Empat gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Pham Duc Huy pada minit ke-52, Nguyen Van Quyet (76'' dan 86'') dan Do Hung Dung pada minit ke-90 sebelum pemain import dari Argentina, Gaston Cellerino Grasso merapatkan defisit jaringan untuk Felda United menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua perlawanan. - BERNAMA

JDT , Piala AFC

Artikel Berkaitan

Bukan Kerana Duit! - Kafa

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain