Pemotongan Mata: Kafa Akan Buat Rayuan - Sukan | mStar

Pemotongan Mata: Kafa Akan Buat Rayuan

Annuar Musa

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pemotongan mata yang dikenakan terhadap Kelantan pada Selasa.

Penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan pemotongan mata dilihatnya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesuatu persatuan, bahkan hanya memberi lebih tekanan kepada pihak pengurusan dan pemain.

"Jika mereka sentuh soal hutang, kenapa bekas pemain pertahanan Selangor, S. Subramaniam yang kini beraksi dengan Kelantan mengadu beliau masih belum menerima bayaran enam bulan gaji daripada bekas majikannya itu.

"Kenapa hal itu seolah-olah ditutup, bukankah ia perkara dan situasi yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Bendera Sempena Sambutan Ulang Tahun ke -71 Umno di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, Rabu.

Pada Selasa, FMLLP mengumumkan dua pasukan Liga Super - Kelantan dan T-Team antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan liga berkenaan yang berakhir pada Disember 2016.

Sementara dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menerima nasib yang sama setelah gagal menyelesaikan masalah  berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Dalam pada itu,  Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata pihaknya melihat tindakan terbabit sebagai jalan singkat dalam menangani masalah yang berlaku dalam Kafa.

"Walaupun tindakan itu satu tindakan tegas dan berani yang dikenakan kepada Kelantan namun bagi saya, FMLLP memerlukan satu penyelesaian dan keadah yang bersesuaian.

"Ia hanya memberikan lebih tekanan kepada pihak yang dikenakan tindakan walaupun tindakan itu satu pengajaran kepada pasukan lain dan Kafa sendiri," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Bukan Kerana Duit! - Kafa

Ghaddar Sah Ke JDT

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain