suria

Sebastian Vettel Juara Grand Prix Bahrain

Sebastian Vettel. -fotoAP

PELUMBA Ferrari, Sebastian Vettel berjaya mengalahkan dua pesaingnya daripada pasukan Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas untuk meraih gelaran juara Grand Prix siri ketiga 2017 di Bahrain, awal pagi Isnin.

Vettel menjadi pelumba terpantas dengan mencatatkan masa 1 jam 33 minit 53,374 saat, meninggalkan Lewis Hamilton yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan perbezaan masa enam saat dan mengatasi Bottas yang berada di tempat ketiga dengan perbezaan 20 saat.

Kemenangan Vettel mengembalikan kejayaan Ferrari di Bahrain yang kali terakhir menang di litar Sakhir pada 2010 menerusi Fernando Alonso.

Kegagalan Hamilton dan Bottas juga melenyapkan rekod Mercedes yang meraih gelaran juara di litar ini sejak 2014.

Dalam perlumbaan ini, Bottas pada mulanya telah mendahului Vettel dan Hamilton.

Vettel bagaimanapun mengambil alih posisi pertama daripada Bottas pada pusingan ke-17 yang mana Hamilton pada ketika itu berada di tempat ketiga.

Vettel terus memimpin walaupun Hamilton merebut posisi kedua daripada Bottas pada pusingan ke-41.

Namun disebabkan perbezaan masa yang agak jauh membuatkan Hamilton harus akur untuk memberikan gelaran juara GP Bahrain kepada Vettel.

Berikut keputusan penuh GP Bahrain:


1 Sebastian Vettel FERRARI 57 1 jam 33 minit 53,374 saat
2 Lewis Hamilton MERCEDES 57 +6.660s
3 Valtteri Bottas MERCEDES 57 +20.397s
4 Kimi Räikkönen FERRARI 57 +22.475s
5 Daniel Ricciardo RED BULL 57 +39.346s
6 Felipe Massa WILLIAMS MERCEDES 57 +54.326s
7 Sergio Perez FORCE INDIA MERCEDES 57 +62.606s
8 Romain Grosjean HAAS FERRARI 57 +74.865s
9 Nico Hulkenberg RENAULT 57 +80.188s
10 Esteban Ocon FORCE INDIA MERCEDES 56 +95.711s
11 Pascal Wehrlein SAUBER FERRARI 56 +1 lap
12 Daniil Kvyat TORO ROSSO 56 +1 lap
13 Jolyon Palmer RENAULT 54 +1 lap
14 Fernando Alonso MCLAREN HONDA 50 DNF
NC Marcus Ericsson SAUBER FERRARI 12 DNF
NC Carlos Sainz TORO ROSSO 12 DNF
NC Lance Stroll WILLIAMS MERCEDES 11 DNF
NC Max Verstappen RED BULL 8 DNF
NC Kevin Magnussen HAAS FERRARI 0 DNF
NC Stoffel Vandoorne MCLAREN HONDA DNS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain