suria

Antonio Conte Salahkan Diri Sendiri

Antonio Conte. -fotoREUTERS

ANTONIO Conte mengakui bahawa Manchester United layak meraih kemenangan 2-0 atas ke Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Old Trafford, malam Ahad.

Pengurus dari Itali itu berkata, United memiliki semangat dan motivasi yang tinggi ketika turun berdepan skuad bimbingannya dan menyalahkan diri sendiri kerana gagal menaikkan moral The Blues.

"Kami tidak bermain dengan baik dan United berhak menang dalam perlawanan itu," kata Conte.

"Mereka menunjukkan lebih keinginan, keghairahan, dan lebih motivasi. Dalam kes ini kesalahan itu adalah daripada jurulatih."

Dia menambah: "Ini bermakna jurulatih tidak dapat memindahkan tumpuan, keinginan dan cita-cita sebenar untuk memenangi permainan ini," katanya.

Sementara itu Tottenham Hotspur kini menjadi tumpuan selepas rentetan tujuh kemenangan liga, berbanding Chelsea yang berdepan dua kekalahan dalam empat perlawanan terakhir mereka.

"Saya bimbang kerana kami perlu bekerjasama dan segera mencari rentak untuk memenangi kejuaraan ini," kata Conte, di mana pasukannya akan berdepan Spurs dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, Sabtu.

"Jika ada yang anggap untuk Chelsea untuk memenangi gelaran adalah perkara biasa, kami bermula sebagai pasukan bukan pilihan selepas berada di tempat ke-10 musim lalu.

"Tottenham berada dalam keadaan baik dan bermain dengan penuh semangat, kami perlukan semangat yang sama."

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain