Penyokong Arsenal Bergaduh Sesama Sendiri - Sukan | mStar

Penyokong Arsenal Bergaduh Sesama Sendiri

LONDON: Penyokong Arsenal dirakamkan bergaduh sesama sendiri di Stadium Emirates ketika pasukan kesayangan mereka seri 2-2 menentang Manchester City pada Ahad.

ergaduhan itu tercetus ketika wujud kepincangan tentang situasi pihak pengurusan Arsenal sama ada mahu mengekalkan pengendali skuad The Gunners, Arsene Wenger dan penyokong kelab berkenaan dilihat memilih untuk bergaduh sesama sendiri bagi menyuarakan kekecewaan masing-masing.

Prestasi tidak menentu dan kedudukan di tangga keenam, menyukarkan rekod bersih Arsenal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan, mencetuskan perpecahan dalam kalangan penyokong yang menyaksikan wujud gerakan mendesak Wenger meletak jawatan.

Dalam rakaman tersebut, beberapa penyokong bertumbuk sesama sendiri sehingga memaksa campur tangan penyokong lain untuk meleraikan situasi memalukan itu.

Pergaduhan itu tercetus ketika Arsenal ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama.

Pihak yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan diarahkan keluar dari stadium tetapi punca sebenar belum dapat dipastikan walaupun dipercayai ada kaitan dengan desakan terhadap Wenger agar meninggalkan kelab London itu.

Dalam satu lagi insiden, krew Arsenal Fan TV dilaporkan mencetuskan kemarahan penyokong yang setia kepada pengendali Perancis tersebut apabila menyuarakan pandangan anti-Wenger selepas perlawanan tersebut tamat.

Mengulas tentang kejadian berkenaan, penyampai berita Arsenal Fan TV, Robbie berkata, penyokong yang mahu mencetuskan pergaduhan dengan mereka sebagai kumpulan penyokong yang pengecut dan langsung tidak menyaksikan perlawanan Arsenal.

"Kami bertemu dengan beberapa peminat untuk bertanyakan pendapat tentang masa depan Wenger sama ada dia perlu kekal atau tidak, tetapi tindakan mereka tidak ubat seperti pengecut," katanya menurut laporan portal DailyStar.

Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain