Annuar Musa Salur RM2 Juta Selesai Isu Gaji TRW - Sukan | mStar

Annuar Musa Salur RM2 Juta Selesai Isu Gaji TRW

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa sedia menghulurkan dana sebanyak RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain The Red Warriors (TRW).

Menerusi entri terbaharu dalam laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata, dana itu akan disumbangkan kepada kepada Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar pada Khamis.

"Saya difahamkan KAFA lewat membayar gaji kerana terdapat penaja yang lambat membuat bayaran.

"Pengurusan (KAFA) harus kuatkan usaha dan mengurus aliran tunai supaya moral pemain tidak terjejas.

"Esok (Khamis) jam 11.30 pagi, Insya-Allah saya akan sampaikan dana RM2 juta kepada bendahari KAFA," katanya.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang disiarkan pada Rabu. - Facebook

Selain itu, Annuar berharap pemain agar terus bersabar dan memberi tumpuan kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

"Saya berharap pemain dan pengurusan terus fokus menghadapi persaingan seterusnya," katanya.

Kelantan dihimpit kemelut kewangan terutamanya masalah tunggakkan gaji sejak penaja terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menggantung  penajaan beliau terhadap pasukan TRW berikutan kemerosotan prestasi pasukan tersebut serta kegagalan untuk Vida Beauty Sdn Bhd meraih sebarang pulangan daripada penajaannya berjumlah RM16 juta.

Walaupun terpalit dengan masalah itu, Kelantan masih mampu mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi Liga Malaysia pada musim ini untuk menduduki tangga ke enam liga dengan 12 mata hasil empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Malah TRW berpeluang untuk melonjak ke tangga ketiga liga kerana masih kurang satu perlawanan berbanding pasukan lain.


Annuar Musa , TRW , KAFA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain