BAM Pandang Berat Aduan Chong Wei - Lawrence - Sukan | mStar

BAM Pandang Berat Aduan Chong Wei - Lawrence

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan mereka tidak mengendahkan aduan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengenai pelapik lantai yang menyebabkan dia tergelincir ketika sesi latihan di gelanggang Akademi Badminton Malaysia (ABM), Sabtu lalu.

Pengurus Besarnya, Lawrence Chew berkata beliau sudah menjelaskan kepada jurulatih negara, Hendrawan mengenai kemudahan di gelanggang baharu itu yang memerlukan sedikit masa untuk dilengkapkan sepenuhnya.

"Gelanggang ini masih baharu ibarat kita pakai kasut baharu, jadi kebiasaan bila kita pakai tak selesa dan belum begitu sempurna. Jadi kita perlukan masa untuk berikan yang terbaik kepada semua pemain.

"Ia bukan kerana kami tidak lakukan untuk Chong Wei. Ia kerana segalanya berlaku begitu pantas. Kami perlu menyediakan banyak perkara. Jadi bukan bermaksud kami tidak mengendahkan aduannya," kata Lawrence ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Lawrence yang pernah berkhidmat bersama Persatuan Badminton Switzerland berkata adalah normal bagi setiap pemain berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri di gelanggang baharu.

"Sudah tentu anda (pemain) perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Jika anda sentiasa guna gelanggang lama, ia akan jadi masalah kerana anda tetap juga kena berlatih di gelanggang baharu.

"Kita tiada pilihan kerana perlu keluar dari Stadium Juara, lagipun kerja baik pulih sedang dijalankan," katanya.

Lawrence berkata, beliau sudah menghubungi Chong Wei bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai keadaan di gelanggang baharu itu.

"Saya sudah hubunginya semalam (Isnin). Saya bagi pihak BAM sudah tentu tidak mahu insiden seperti ini berlaku, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Chong Wei," katanya.

Justeru, beliau berkata BAM memberi jaminan akan cuba melakukan yang terbaik untuk mempertingkat tahap keselamatan pemain semasa sesi latihan di gelanggang baharu itu.

"Selepas insiden itu, saya dapat arahan untuk menukar pelapik lantai pada Ahad. Kami mengggunakan pelapik lama dengan serta merta di tiga gelanggang. Kami sudah melakukan yang terbaik tetapi malangnya insiden itu berlaku.

"Kali ini saya beri jaminan BAM sudah mengambil pendekatan yang sewajarnya supaya insiden sama tidak berulang lagi ke atas pemain lain," katanya.

Chong Wei terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai kejohanan All-England di Birmingham bermula 7 hingga 12 Mac depan selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.

Pada Isnin, jurulatih negara, Hendrawan mengesahkan bahawa pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan ligamen koyak di bahagian lutut kiri.

Pemain berusia 34 tahun itu tergelincir dan terjatuh ketika berlatih di gelanggang ABM, Bukit Kiara pada Sabtu.

Gelanggang tersebut menggunakan pelapik lantai baharu ketika sesi latihan itu diadakan sejak Selasa lalu.

BAM , Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Kelantan Perlu Kekalkan Momentum Kemenangan

Artikel Berikut

Beraksi Seperti Di Pentas Akhir - Ferreira

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain