TMJ Calon Terbaik Terajui FAM - Annuar Musa - Sukan | mStar

TMJ Calon Terbaik Terajui FAM - Annuar Musa

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa tetap menyuarakan keyakinan bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ismail merupakan calon terbaik untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi menolak badan induk bola sepak negara itu ditadbir secara proksi.

"Saya ulang sekali lagi, pertama kalau tanya saya setelah Tengku Mahkota Pahang berundur daripada jawatan presiden FAM, saya berhasrat melihat jawatan itu digantikan dengan TMJ.

"Kerana apa? Adakah ini lip service (sekadar cakap kosong)? Tidak. Saya adalah orang bertanggungjawab berkempen untuk beliau ketika bertanding menawarkan diri untuk jawatan itu tiga tahun lalu.

"Dan saya bukan buat suka-suka. Saya buat kerana percaya selain Tengku Mahkota Pahang, individu yang patut diberi peluang adalah TMJ dan saya berkempen malangnya tak menang.

"Bila tak menang, beberapa tahun kemudian, Tengku Mahkota Pahang letak jawatan. Jawatan (presiden) kosong dan bila kosong pendirian saya tetap tidak berubah. Orang yang patut ambil alih jawatan itu adalah TMJ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media memperkenalkan tiga pemain import baharu skuad The Red Warriors (TRW) pada musim ini.

Annuar berkata beliau ada menghantar pesanan mesej kepada Tunku Ismail mengenai cadangan tersebut tetapi pemilik Johor Darul Ta'Zim itu (JDT) tidak bersetuju kerana akan ada konflik kepentingan.

"TMJ tahu (cadangan)... kira-kira sebulan setengah yang lalu saya hantar mesej kepada beliau minta bersetuju untuk dicalonkan. Waktu itu TMJ menjawab beliau macam tak berapa mahu kerana ada konflik kepentingan," katanya.

Jelas beliau, jika TMJ tetap menolak cadangan itu, maka beliau berpendapat individu kedua yang layak menerajui FAM adalah salah seorang presiden ahli gabungan badan induk tersebut.

"Kalau TMJ tetap tidak mahu, maka ahli gabungan FAM mesti bersedia ambil tanggungjawab itu. Macam mana kita bantai (kritik) FAM tapi tak ada siapa nak ambil tanggungjawab tersebut itu tak bagus.

"Orang pegang kita rodak, bila kosong tak ada siapa nak ambil... tak boleh. Jadi siapa yang layak? Mana-mana presiden daripada 19 ahli gabungan FAM patut menawarkan diri untuk jadi presiden.

"Bekerjasama secara kolektif... anda tak patut dari kalangan orang ternama tapi boleh buat kerja secara kolektif," katanya.

Annuar berkata, beliau bersedia untuk menerajui FAM hanya kalau semua presiden ahli gabungan FAM menolak jawatan tersebut.

"Pilihan pertama TMJ, kedua mana-mana presiden. Kalau tak ada juga baharulah saya tawarkan diri.

"Tapi saya tak setuju FAM diurus oleh proksi. Itu saya tentang. Saya kena tegas," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain