Ibrahimovic Mahu Kembali Semula Ke Milan Musim Panas Lalu - Sukan | mStar

Ibrahimovic Mahu Kembali Semula Ke Milan Musim Panas Lalu

Zlatan Ibrahimovic.

JURUVIDEO Zlatan Ibrahimovic mendedahkan bintang Manchester United itu mahu kembali semula ke AC Milan pada musim panas lalu.

Magnus Gertten dan Fredrik Gertten, pengarah filem Becoming Zlatan menegaskan pemain berusia 35 tahun itu seronok berada di Itali.

Justeru, mereka mendakwa Zlatan mahu kembali semula ke AC Milan pada awal tahun ini sebelum memutuskan untuk berhijrah ke Manchester United dari Paris Saint-Germain (PSG).

Juruvideo yang juga pasangan adik-beradik itu memberitahu Corriere dello Sport bahawa "Ibrahimovic amat mencintai kehidupan di Itali".

"Pada musim panas lalu dia berazam mahu kembali. Jika AC Milan membuat tawaran yang lumayan, dia akan kembali tanpa sebarang masalah.

"Keluarganya amat selesa dengan kehidupan di kota metropolitan, Milan dan Itali," kata juruvideo tersebut.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain