suria

Argentina Boikot Media Selepas Layanan Terhadap Lavezzi - Messi

Lionel Messi ketika bercakap mewakili rakan-rakan pasukan Argentina. -fotoEPA
LIONEL Messi mengetuai 26 pemain skuad Argentina dalam protes berkaitan layanan oleh pihak media yang dianggap buruk, menyatakan mereka akan memboikot akhbar sehingga diberitahu kelak.

Messi baru sahaja membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Colombia dengan menjaringkan satu gol dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018, meletakkan Argentina kembali di landasan.


"Kami telah memutuskan untuk tidak bercakap apa-apa lagi dengan media," umum Messi dalam sidang media selepas perlawanan itu bersama 25 rakan sepasukannya yang hadir.

"Kami menerima banyak tuduhan, banyak yang kurang menghormati kami dan kami tidak pernah berkata apa-apa. Kami minta maaf keadaan perlu menjadi seperti ini, tetapi kami tidak mempunyai pilihan," kata Messi.

"Kami tahu ramai antara kamu yang tidak berada di tempat kami tidak menunjukkan tanda hormat, tetapi menyentuh tentang kehidupan peribadi seseorang adalah sangat besar dan sebab itu kami di sini, membuat pengumuman ini," katanya sebelum mereka semua berjalan keluar.

Para pemain telah berdepan kritikan oleh sektor-sektor dalam media Argentina berhubung kekalahan mereka, tetapi keputusan yang diputuskan pemain dibuat selepas laporan radio mendakwa Ezequiel Lavezzi telah menghisap ganja selepas berlatih.

Lavezzi akan menyaman wartawan Radio Mitre itu di mahkamah.

Jurulatih, Edgardo Bauza, pada sidang media yang telah diadakan selepas itu, berkata kemenangan itu membuatkannya gembira untuk pasukan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain