suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Mohon Maaf Berkelakuan Tidak Wajar

JURUCAKAP Wayne Rooney telah mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf berhubung kelakuan kapten England itu pada hujung minggu.

Rooney yang menarik diri daripada skuad kebangsaan pada malam Isnin telah muncul dengan gambar dalam akhbar The Sun pada pagi Selasa, yang mendakwa pemain itu mabuk dalam sebuah majlis perkahwinan di sebuah hotel di England pada hujung minggu.

Akhbar tersebut telah mencetak gambar yang menunjukkan penyerang Manchester United itu, sedang memakai baju sesi latihan pasukan England.

Jurucakap Rooney mengeluarkan kenyataan awam mengenai kejadian itu.

"Sememangnya Wayne meminta maaf berhubung gambar yang diambil dengan peminat dan telah diterbitkan hari ini," menurut kenyataan tersebut.

"Walaupun ia merupakan hari cuti bagi seluruh skuad dan kakitangan, dia mengakui sepenuhnya bahawa gambar-gambarnya itu tidak sesuai untuk seseorang dalam kedudukan seperti dirinya.

"Awal hari ini Wayne telah bercakap secara peribadi kepada Gareth Southgate dan Dan Ashworth dengan berterus-terang meminta maaf.

"Dia mahu melanjutkan lagi permohonan maaf itu kepada mana-mana peminat muda yang telah melihat gambar-gambar ini."

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris dalam satu kenyataan berkata ia akan mengkaji semula dasar berhubung bagaimana pemain dibenarkan untuk menghabiskan masa lapang mereka.

Mereka berkata: "Semua pemain England mempunyai tanggungjawab untuk berkelakuan sewajarnya pada setiap masa.

Artikel Berikut

Artikel Lain