suria

Murray Tundukkan Nishikori, Hampiri Separuh Akhir

Andy Murray (kanan) bersalaman dengan saingannya dari Jepun, Kei Nishikori selepas menang dalam perlawanan tenis Jelajah ATP Dunia akhir 2016 di Arena O2, London, awal pagi Khamis. -fotoAP
PEMAIN tenis Inggeris, Andy Murray semakin menghampiri gelanggang separuh akhir final Jelajah Dunia ATP 2016 selepas mengalahkan pemain Jepun, Kei Nishikori dalam saingan Kumpulan John McEnroe di O2 Arena, London, awal pagi Khamis.

Murray tidak menang mudah, sebaliknya harus bekerja keras untuk menyudahkan perlawanan kerana diberi tentangan hebat oleh Nishikori dengan tiga set 6-7 (9-11), 6-4, 6-4 dalam masa tiga jam 20 minit.

Pertemuan keempat Murray ke atas Nishikori pada tahun ini menjadi perlawanan final Jelajah Dunia ATP paling lama sejak lapan tahun terakhir penganjurannya.


Murray  tampil membertangsangkan dalam edisi final Jelajah Dunia ATP 2016 dengan meraih dua kemenangan dalam perlawanan sebelum ini.

Murray akan berdepan Stan Wawrinka dalam perlawanan seterusnya.

"Saya bekerja keras," kata Murray.

"Dia (Nishikori) membuatkan saya banyak berlari, tapi saya mendapat beberapa mata dari servisnya. Saya berjaya mendapatkan mata yang cukup untuk menang," katanya.

Murray amat mengharapkan kemenangan ini untuk memperbaiki peluangnya mengakhiri musim 2016 ini sebagai juara ATP dan unggul sebagai pemain No 1 dunia terhadap saingan terdekatnya Novak Djokovic yang juga telah mencatatkan dua kemenangan dalam dua perlawanan awal bersama Kumpulan Ivan Lendl.


Djokovic masih mempunyai peluang untuk merebut kembali kedudukan pertama di ATP berdasarkan keputusan kejohanan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Jelajah Dunia ATP

Artikel Lain