suria

LTdL 2017: Langkawi Dan Genting Highland Diketepikan

Emir Abdul Jalal (kanan) pada sidang media acara berbasikal 'Pulau Indah 180 Fun Ride 2017' anjuran Central Spectrum (M) Sdn Bhd di Ibu Pejabat LTdL, Bukit Jelutong pada Rabu. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas. Foto: Bernama

SHAH ALAM: Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 tetap akan berlangsung seperti dijadualkan walaupun bakal mengalami pengurangan peruntukan geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL Emir Abdul Jalal menjelaskan pihaknya bersedia dengan sebarang pengurangan geran daripada KBS dan beberapa aspek akan diteliti bagi menjimatkan kos, namun kualiti penganjuran tetap akan dititik beratkan.

"Dari segi laluan, kemungkinan besar kita tidak akan memasuki Langkawi dalam usaha untuk mengurangkan kos.

"Kalau kita masuk ke Langkawi, ia menelan belanja RM1.5 juta dan jika jumlahitu digunakan untuk memperbaiki kualiti penganjuran, itu lebih baik," katanya selepas pelancaran acara berbasikal, Cabaran Pulau Indah 180 di sini, Rabu.

Pada penganjuran LTdL tahun ini, KBS memberi peruntukan RM11 juta daripada jumlah keseluruhan penganjuran yang menelan kos RM15.5 juta.

Emir berkata laluan pada LTdL 2017 akan berkait dengan penajaan, berikutan terdapat beberapa negeri pada tahun hadapan adalah tahun melawat negeri berkenaan, dan mungkin laluan peringkat pertama akan beralih ke negeri yang memberi penajaan kepada kejohanan tersebut.

"Perbincangan dengan negeri berkenaan juga memasuki proses terakhir dansekiranya persetujuan dicapai, laluan peringkat pertama dan pra kejohanan akan berlangsung di negeri tersebut," katanya.

Selain itu, Emir menjelaskan laluan Genting Highlands kemungkinan besartidak tersenarai dalam perlumbaan itu kerana beberapa kawasan di situ yang masih mengalami kerja-kerja menaik taraf.

"Kawasan penamat di Genting Highlands tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja pembinaan di sana dan kita terikat dengan standard UCI (Kesatuan Berbasikal Dunia)," katanya.

Beliau juga memaklumkan semua pasukan ternama dari Asia serta beberapa pasukan Pro Tour dan Pro Benua sudah hampir pasti menyertai LTdL 2017. 

"Namun seperti kebiasaan, kita akan letakkan kuota untuk penyertaan pasukandari Asia," katanya. -Bernama

LTDL 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain