suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ron Dennis Tinggalkan McLaren Selepas 35 Tahun

RON Dennis meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif McLaren selepas 35 tahun memegang jawatan tersebut.

Sebelum ini, corak corak pengurusan Dennis dipertikai kerana dianggap tidak sesuai untuk masa depan syarikat itu.

Namun Dennis tetap mempertahankan ideanya.

"Cara pengurusan sentiasa selaras dan bersesuaian sengan McLaren untuk menjadi sebuah kumpulan automotif dan teknologi, malah menjuarai 20 perlumbaan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) serta perniagaan meningkat £850 juta pound setahun," jelasnya.

Dennis juga mempunyai 25 peratus saham Kumpulan McLaren dan beliau akan kekal sebagai ahli lembaga bagi McLaren Technology dan McLaren Automotive.

"Saya prihatin terhadap perniagaan yang ditubuhkan ini yang mempunyai 3,500 pekerja. 

"Saya akan meneruskan peranan sebagai salah seorang pemegang saham dalam kedua-dua syarikat bagi melindungi kepentingan dan nilai McLaren di masa depan.

"Dalam masa sama saya akan membuat pelaburan bagi memperkenalkan teknologi baharu selepas komitmen kontrak bersama McLaren berakhir," jelasnya.

Ketiadaan Dennis itu dianggap sebagai perubahan besar dalam dunia pemotoran selepas hampir tiga dekad bersama F1.

Zak Brown,44, dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam sektor komersial dijangka menjadi pilihan untuk menggantikan tempat Dennis ini.

Ron Dennis, McLaren

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain