suria

Manchester United Belum Berputus Ada - Carrick

PEMAIN tengah Michael Carrick menegaskan bahawa Manchester United belum berputus asa dalam merebut trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris biarpun ketinggalan lapan mata daripada pendahulu, Liverpool.

Skuad United di bawah bimbingan Jose Mourinho terus dikritik berikutan tiada naluri serangan di hadapan pintu gol, dan hanya mencatat 16 jaringan daripada sebelas perlawanan.

"Kami ingin menjadi pesaing utama. Biarpun berdepan dengan naik turun sepanjang persaingan ini, ia tidak bermakna kami sudah berputus asa," jelas Carrick kepada Sky Sports.

"Ia masih awal untuk berkata demikian dan kami mempunyai kualiti serta sebuah pasukan yang baik.

"Kami cuma merasakan belum mendapat keputusan yang dimahukan dan sedar ia akan berubah.

"Banyak lagi perlawanan yang perlu ditempuhi dan percaya apabila tiba masanya kami akan berada di atas".

United bakal berdepan dengan penghuni di tangga keempat liga, Arsenal pada perlawanan seterusnya dan Carrick berharap rakan-rakannya boleh menunjukkan sesuatu di Old Trafford Sabtu ini.

"Arsenal mempunyai beberapa pemain yang sangat baik. Mereka telah membuktikan bahawa pasukanya sangat berbahaya sejak awal musim lagi.

"Tetapi saya yakin, kami lebih berbahaya kerana tahu banyak lagi perkara yang akan berlaku," tambahnya.

United kini mengutip 18 mata dan berada di tempat keenam liga selepas sebelas perlawanan.

Michael Carrick

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain