suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Southgate Akan Ditawar Pengurus England Sehingga Euro 2020

Gareth Southgate. Foto EPA

PENGURUS sementara England, Gareth Southgate akan ditawarkan menjadi pengurus sehingga musim Euro 2020 berakhir.

Ketua FA percaya Southgate merupakan individu yang layak untuk memimpin skuad kebangsaan itu menerusi era baharu.

Perbincangan rasmi bermula selepas perlawanan persahabatan antarabangsa antara England dan Sepanyol di Wembley, awal pagi Rabu.

Southgate membantu pasukan dengan dua kemenangan dan satu seri menerusi tiga permainan.

Anak kelahiran Watford, United Kingdom itu mendapat bayaran £750,000 (RM404,400) setahun semasa menjadi pengurus buat skuad England di bawah 21 tahun.

Perbincangan yang diadakan boleh menjangkakan permulaan tawaran bernilai £2 juta (RM10.79 juta) setahun termasuk bonus.

Malah terdapat peluang lagi selepas Piala Dunia 2018 di Rusia bagi membuat penilaian terhadap masa depan Southgate. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain