suria

Ei Yi-Yew Sin Raih Gelaran Terbuka Bitburger

Ong Yew Sin (kiri) dan Teo Ee Yi.

KUALA LUMPUR: Beregu muda negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin melakarkan kejutan apabila mengalahkan beregu pilihan tuan rumah, Michael Fuchs-Johanes Schoettler  untuk menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Bitburger di Sarlandhalle, Sarrbrucken, Jerman, Ahad.

Beregu negara bukan pilihan itu mengambil masa 40 minit untuk menyingkirkan beregu pilihan kelapan dari Jerman itu dalam straight set 21-16 dan 21-18.

Ia merupakan gelaran antarabangsa keempat buat beregu negara pada musim ini selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Portugal dan Romania, Mac lepas dan Cabaran Antarabangsa Vietnam, Jun lepas.

Bagaimanapun, cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki dan beregu wanita berakhir di pusingan awal manakala beregu campuran kandas di peringkat separuh akhir.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai AS$120,000 (RM505,212). - Bernama

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain