suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Dedah Alasan Michael Carrick Tidak Diturunkan Setiap Perlawanan

JOSE Mourinho mengakui tidak dapat menurunkan Michael Carrick pada setiap perlawanan kerana faktor umur bintang Manchester United itu.

Pemain tengah berusia 35 tahun itu disenarai sebagai kesebelasan utama buat pertama kali musim ini ketika United berjaya menewaskan Swansea 3-1.

Dalam perlawanan itu, Carrick berjaya memainkan peranan sebagai pemain tengah yang membantu barisan pertahanan manakala Paul Pogba dan Marouane Fellaini lebih kepada menyerang.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Portugal itu berkata, pasukan berkenaan tidak dapat menyenaraikan Carrick dalam setiap perlawanan selepas ini.

"Saya ingin dia bermain dalam setiap perlawanan selepas ini, tapi itu mustahil.

"Kenapa? Alasan sama, saya juga tidak dapat lagi ke gimnasium setiap hari.

"Dia memulakan perlawanan kali ini dan bermain dengan begitu baik sekali," kata Mourinho.

Manchester United, Swansea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain