suria

China Ranap Harapan Malaysia Rangkul Piala Suhandinata

KUALA LUMPUR: Skuad badminton remaja negara gagal mengulangi kejayaan pada 2011 apabila kalah 3-0 kepada juara bertahan, China pada final Kejohanan Remaja Dunia 2016 di Arena Bilbao di Sepanyol, Ahad.

Kejayaan itu menyaksikan China merangkul kejuaraan acara berpasukan, lebih dikenali sebagai Piala Suhandinata untuk kali ke-11 selepas edisi 2000,2002, 2004, 2007, 2008, 2009, 2010, 2012, 2014 dan 2015.

Indonesia menang tempat ketiga selepas mengalahkan Taiwan 3-1 pada perlawanan menentukan kedudukan tempat ketiga.

Dalam pertembungan dengan China, Malaysia gagal memungut mata pertama  apabila Cheng Tang Jie-M.Thinaah kalah kepada He Jiting-Du Yue 21-17, 13-21 dan 12-21 dalam acara beregu campuran.

China memungut mata kedua menerusi pemain perseorangan lelaki apabila Sun Feixiang menewaskan Leong Jun Hao dalam straight set 21-15, 21-13.

Chen Yufei menghadiahkan mata kemenangan kepada China dengan mengalahkan juara dunia remaja, Goh Jin Wei 22-20, 14-21 dan 21-8 dalam acara perseorangan wanita.

Sebagai rekod, Malaysia melakar kejayaan pertama sebagai juara pasukan dalam kejohanan itu pada 2011 dengan mengalahkan Korea Selatan 3-0. Pada 2009, Malaysia muncul naib juara selepas kalah 3-0 kepada China di final.

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1

Artikel Lain