suria

Ronald Koeman Terpukau Sistem Antonio Conte

PENGENDALI Everton, Ronald Koeman memberitahu tidak pernah melihat kesempurnaan formasi 3-4-3 seperti yang digunakan Antonio Conte ketika menewaskan pasukannya 5-0.

Dalam perlawanan itu, Eden Hazard diletakkan sebagai punca kesempurnaan formasi 3-4-3 yang sering gagal untuk di Liga Perdana Inggeris.

Menerusi formasi berkenaan, Conte berjaya memastikan Chelsea menang lima perlawanan berturut-turut.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Koeman mengakui Conte berjaya membuatkan pemain Chelsea untuk beraksi dalam formasi yang ditetapkan.

"Chelsea menunjukkan kami permainan di level yang tinggi dalam bola sepak.

"Bagaimana mereka bekerja, berlari dan bagaimana mereka memberi tekanan - kami boleh belajar daripada mereka. Inilah yang membuatkan kami tewas.

"Saya tidak pernah lihat mana-mana pasukan beraksi dengan sempurna menggunakan formasi ini. Ini sistem yang susah untuk diadaptasi di atas padang," jelas jurulatih kelahiran Belanda itu.

Chelsea, Everton, Manchester United

Artikel Lain