suria

Eain Yow Pamer Aksi Cemerlang

Ng Eain Yow.

KUALA LUMPUR: Juara remaja dunia, Ng Eain Yow mara ke final pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, Mesir, lewat Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Ng yang membuat penampilan pertama peringkat senior dunia, membuat kejutan dengan menewaskan pilihan utama kelayakan, Charles Sharpes dari England, apabila menang 5-11, 11-4, 5-11, 12-10 dan 11-5 dalam perlawanan yang berlangsung  kira-kira 53 minit.

Dalam kemenangan yang mengejutkan itu, Ng berkata ia bukanlah perlawanan yang mudah memandangkan lawannya bermain secara pantas dalam set pertama.

"Jadi saya beritahu diri saya untuk terus mencuba dan memperlahankan rentak permainan, dan membawa bola ke belakang untuk membolehkan saya bermain dengan cara saya sendiri, dan bukannya mengikut permainannya," memetik kata beliau  sebagai berkata dalam laman web kejohanan;www.wadideglaworldsquashchamps.com.

"Bagi penampilan sulung saya dalam kejohanan senior dunia, saya tidak meletakkan apa-apa harapan, dan tiada tekanan bagi saya untuk berhadapan dengan pemain pilihan utama kelayakan dan kemenangan ini merupakan satu kelebihan," tambah Ng.

Tiga lagi pemain Malaysia - Ivan Yuen, Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar dan Mohd Syafiq Kamal, bagaimanapun tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Yuen tewas 8-11, 8-11 dan 8-11 kepada Iker Pajares Bernabeu dari Sepanyol manakala Mohd Addeen dikalahkan oleh pemain Hong Kong, Chi Him Wong; dengan catatan 11-7, 8-11, 4-11 dan 4-11 dan Mohd Syafiq going pula tunduk kepada pemain Mesir, Youssef Soliman dengan 3-11, 6-11 dan 11-13.

Pemain utama lelaki Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan yang menerima bye dalam pusingan kelayakan itu akan berdepan Alan Clyne dari Scotland, dalam perlawanan pembukaan pada Khamis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain