suria

Raiola Raih 24 Juta Euro Hasil Perpindahan Pogba

Mino Raiola.

PENGURUS Besar Juventus, Giuseppe Marotta mendakwa Mino Raiola memperoleh komisen sebanyak 24 juta pound susulan perpindahan Paul Pogba yang mencatat rekod dunia ke Manchester United.

Pemain tengah itu kembali ke Old Trafford dengan nilai perpindahan sebanyak 89 juta pound pada musim panas lalu.

Namun timbul kekeliruan mengenai komisen yang diterima ejennya.

"Dia (Pogba) datang dari United untuk harga sekitar 1.5 juta euro.

"Selepas empat tahun bersama kami dia memutuskan untuk kembali ke England. Kami meminta harga sebanyak 105 juta euro termasuk 5 juta euro bonus yang akan dibayar sekiranya pemain itu menyertai semula United atau meninggalkan kelab itu untuk bayaran lebih 50 juta euro.

"Itu membolehkan kita mendapat keuntungan modal sebanyak 95 juta euro. Mino Raiola dan syarikatnya akan dibayar 27 juta euro (24 juta pound). Dengan mengambil kira bayaran itu, keuntungan keseluruhan untuk Pogba adalah sekitar 72 juta euro.

"Malah, kami sebenarnya enggan melepaskan Pogba. Kami mahu dia kekal bersama Juventus," kata Marotta.

Pogba masih bergelut untuk menyesuaikan diri di United dengan skuad Jose Mourinho ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.





Artikel Sebelum

Artikel Lain