suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sturridge Sumbat Dua Gol, Liverpool Mara Ke Suku Akhir

Sturridge meraikan jaringannya.

DUA gol jaringan Daniel Sturridge membantu Liverpool melangkah ke suku akhir Piala Liga Inggeris selepas menundukkan Tottenham Hotspur 2-1 di Anfield, awal pagi Rabu.

Penyerang England itu diketepikan daripada skuad utama Liverpool ketika menentang West Brom minggu lalu dan dicabar Pengurus Reds Jurgen Klopp untuk membuktikan keupayaannya pada perlawanan kali ini.

Sturridge berjaya menyahut cabaran itu apabila membuka jaringan seawal minit kesembilan dan 64.

Keupayaannya membantu Liverpool mara ke suku akhir membuktikan dia masih lagi permata berharga The Reds.

Pemain itu menjaringkan 10 gol dalam lapan penampilannya pada aksi Piala Liga Inggeris.

Mendahului dengan dua gol meletakkan pasukan tuan rumah di kedudukan yang selesa.

Spurs bagaimanapun berusaha untuk bangkit apabila pemain gantian, Eril Lamela dihadiahkan penalti yang disempurnakan Janssen pada minit ke-76.

Namun ianya sudah terlambat untuk Spurs apabila kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain