LEWIS Hamilton berjaya menguasai petak pertama perlumbaan Formula Satu Grand Prix Itali buat kali kelima sekaligus menyamai rekod yang dicatat Ayrton Senna dan Juan Manuel Fangio. Pusingan kelayakan ini boleh dianggap sebagai perlumbaan pasukan Mercedes di antara Hamilton dan Nico Rosberg yang bersaing sesama sendiri tanpa dicabar pelumba-pelumba lain. Bagaimanapun Hamilton lebih pantas melepasi garisan akhir dengan mencatat masa 1:21.135s, dan hanya meninggalkan rakan sepasukannya dari Jerman itu 0.478s sekaligus petak pertama menjadi milikinya. Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan saingan kelayakan di tempat ketiga dengan catat masa 1:21.972. Sementara itu, Valtteri Bottas yang memandu jentera Williams-Mercedes menduduki petak kelima, meninggalkan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di belakangnya. Dalam pada itu, Litar Monza ini bakal menjadi saksi kejuaraan Grand Prix ke-50 Hamilton sekiranya dia berjaya pada perlumbaan akhir Ahad ini. Keputusan pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba: 1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:21.135 2. Nico Rosberg (Germany) Mercedes 1:21.613 3. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:21.972 4. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:22.065 5. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:22.388 6. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:22.389 7. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer 1:22.411 8. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:22.814 9. Nico Huelkenberg (Germany) Force India - Mercedes 1:22.836 10. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:23.184 11. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:22.96 12. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari 1:23.092 13. Fernando Alonso (Spain) McLaren 1:23.273 14. Pascal Wehrlein (Germany) Manor - Mercedes 1:23.315 15. Jenson Button (Britain) McLaren 1:23.399 16. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Ferrari 1:23.496 17. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso - Ferrari 1:23.825 18. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:23.956 19. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:24.087 20. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:24.230 21. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:24.436 22. Esteban Ocon (France) Manor - Mercedes