Badrol Pelari Terpantas, Rekod 100 Meter Kekal Milik Watson - Karim - Sukan | mStar

Badrol Pelari Terpantas, Rekod 100 Meter Kekal Milik Watson - Karim

Karim Ibrahim

KUALA LUMPUR: Status pelari pecut negara, Badrul Hisham Abdul Manap mengenai kesahihan rekod kebangsaan 100 meter yang dicatat pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN (ASG) pada Disember lalu masih tergantung.

Pun begitu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim menganggap Badrul Hisham adalah pelari pecut terpantas setakat ini.

“Kami terima masa yang dicatat oleh Badrul. Dan setakat ini dia adalah pelari terpantas negara. Cuma ia tidak diiktiraf secara rasmi kerana keputusan rekod ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis KOM.

“Jadi rekod 100 meter masih dipegang oleh Watson Nyambek setakat ini,”  jelasnya selepas mesyuarat Jawatankuasa  KOM pada Isnin.

Tambah Karim status kesahihan rekod ini  belum dibuat kerana  pihaknya masih menunggu laporan lengkap teknikal daripada Persatuan Olahraga Brunei (BAA).

“Brunei tak nak bagi kerjasama sehingga kini. Saya sudah hantar surat pada 3 Disember lalu kepada Brunei. Saya sudah tanya banyak kali, mereka minta surat rasmi dan sehingga sekarang mereka belum memberi jawapan.

“Walaupun Brunei sudah mengaku salah tentang catatan rekod itu, tetapi kita mahu laporan teknikal. Bukan kita tak nak terima surat pengakuan itu, tetapi kita perlu adil dengan pemegang rekod sebelum ini,” katanya yang menafikan KOM sengaja melambatkan keputusan status rekod Badrol Hisham.

Badrul Hisham mencipta sejarah apabila memecah rekod 100 meter dengan mencatat masa terpantas 10.29 saat, sekali gus memadam rekod 10.30s yang dipegang Watson  selama 17 tahun.

Namun rekod tersebut dianggap tidak sah berikutan kegagalan penganjur di Brunei mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) seperti alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50 meter dan 'photo finish'.

Malangnya, pihak penganjur gagal mematuhi dua syarat penting itu bagi membuat pengiktirafan.

Badrul Hisham Abdul Manap

Artikel Sebelum

Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia 2015

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain