suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sepp Blatter Masuk Hospital Kerana Stres

Sepp Blatter
PRESIDEN Fifa yang sedang berdepan dakwaan rasuah, Sepp Blatter dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di bawah pemeriksaan perubatan kerana mengalami tekanan.

Dia dijangka dibenarkan keluar pada awal minggu depan, menurut jurucakapnya, Rabu.

"Buat masa sekarang, dia berada di hospital," kata jurucakap Blatter, Klaus Stoehlker kepada AFP melalui telefon.

Stoehlker menambah, Blatter, 79 'telah memperoleh semula selera humornya' dan berjanji untuk terus berjuang terhadap tuduhan dan dakwaan rasuah antara dirinya dengan Fifa.

Blatter, orang yang paling lama berkuasa dalam bola sepak dunia, sebelum ini mendapat rawatan perubatan dari rumahnya.

Anak perempuan Blatter, Corinne, berkata bapanya terpaksa membatalkan semua temujanji sehingga 15 November ini.

Stoehlker sebelum itu berkata rawatan perubatan itu mempunyai kaitan dengan tekanan yang dihadapi lelaki dari Swiss itu.

Blatter berdepan skandal terburuk yang pernah menimpa dunia bola sepak.

Para penyelidik di Swiss membuka kes jenayah terhadap dirinya pada September.

Blatter, yang telah memimpin FIFA sejak 1998, berkata akan mengundurkan diri pada 26 Februari tahun depan, ketika kongres FIFA memilih presiden baru.
Sepp Blatter, Fifa, stress

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain