suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Lepasi Halangan Pertama Terbuka China

Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan cabaran memburu gelaran kedua Siri Super Perdana musim ini apabila melepasi pusingan pertama Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China pada Rabu.

Chong Wei, yang merangkukl gelaran sulung berstatus Siri Super Perdana musim ini pada Terbuka Perancis bulan lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menyingkirkan pemain Hong Kong, Angus Nh Ka Long dengan 21-10, 21-15.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org, Chong Wei, 33, bakal bertemu sama ada finalis Terbuka Perancis yang juga pemain pilihan keenam, Chou Tien Chen dari Taiwan atau pemain tuan rumah, Xue Song pada pusingan kedua, Khamis.

Selain Chong Wei, pemain wanita perseorangan utama negara, Tee Jing Yi turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain Taiwan, Chen Hsiao Huan, 21-17, 22-20.

Bagaimanapun, beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tersingkir daripada kejohanan bernilai US$700,000 (RM3.04 juta) itu apabila tewas mengejut kepada gandingan bukan pilihan, Reginald Lee Chun Hei/Chau Hoi Wah dari Hong Kong, 23-21 dan 21-18.

Bekas beregu lelaki negara, Hoon Thien How/Lim Khim Wah menampilkan aksi terpuji serta memberi saingan sengit sebelum tewas kepada pasangan pilihan keempat, Mathis Boe/Carsten Mogensen dari Denmark, 16-21, 21-18, 13-21 dalam pertarungan selama 69 minit. - BERNAMA

Lee Chong Wei, Terbuka China

Artikel Lain