suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Djokovic Atasi Murray, Julang Trofi Paris Masters

Novak Djokovic.

NOVAK Djokovic meraihkan trofi kesepuluh pada tahun ini selepas menewaskan pemain Britain, Andy Murray pada aksi final Paris Masters, malam Ahad.

Pemain Serbia itu menang dengan 6-2 6-4 dalam perlawanan selama 90 minit.

Ia juga kemenangan keempat Djokovic pada kejohanan di Paris itu.

Malah, beliau juga menjadi pemain pertama memenangi enam kejuaraan ATP Masters pada tahun yang sama.

Murray, 28, melakukan banyak kesilapan mudah ke atas Djokovic.

"Saya amat berbangga dan gembira kerana dapat merangkul kejuaraan ini semula. Ia perlawanan yang hebat dan semua pemain terbaik dunia berada di sini," kata Djokovic.

Novak Djokovic, Paris Masters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain