suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diego Simeone Mahu Rombak Chelsea

DIEGO SIMEONE bersedia berhijrah ke Chelsea bagi menggantikan Jose Mourinho, tetapi meminta diberi pelepasan untuk merombak skuad The Blues.

Simeone merupakan calon pilihan yang akan menggantikan Mourinho pada musim depan selepas Chelsea tewas dalam 10 daripada 19 perlawanan.

Sebagai persediaan ke Chelsea, jurulatih kelahiran Argentina berusia 45 tahun itu juga dikatakan sedang mempelajari bahasa Inggeris.

Pada masa sama, bekas pemain tengah Argentina itu sedang menilai pemain-pemain Chelsea ketika ini sebelum dia membimbing kelab berkenaan.

Dia dilapor mahukan perubahan dilakukan termasuk mendapatkan pemain baru untuk menguatkan lagi Chelsea untuk memulakan musim depan.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovic kini dilaporkan masih bersabar terhadap Mourinho dan memberikan masa kepada jurulatih kelahiran Portugal itu untuk memperbaiki kedudukan pasukan.

Chelsea yang merupakan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu tewas dalam tujuh daripada 12 perlawanan liga.

Chelsea, Diego Simeone

Artikel Sebelum

David Moyes Bakal Dipecat Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain