suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Sedia Belanja Mega RM17 Bilion Untuk Neymar

MANCHESTER United bersedia untuk berbelanja taraf besar bagi mendapatkan Neymar walaupun kos perpindahan mencecah 240 juta pound (RM17 bilion), lapor The Sun.

Pemain Barcelona itu masih mempunyai klausa pembelian dan tax bernilai 130 juta pound (RM8.7 bilion) yang boleh menjadikan yuran perpindahan mencecah 165 juta pound (RM11 bilion).

Sekiranya perancangan ini menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan Neymar meraih 75 juta pound (RM502 juta) untuk tempoh lima tahun kontrak dan kos bagi mendapatkan pemain Brazil itu menghampiri suku bilion.

Man United dilihat terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu musim ini malah yakin kelab mampu berbuat demikian sekaligus menjadikan Neymar sebagai bintang Red Devil.

Neymar, barcelona, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain