suria

Pedro Masuk Juan Cuadrado Keluar

Juan Cuadrado (kanan) ketika beraksi untuk Chelsea.

> Juan Cuadrado berpindah ke Juventus secara pinjaman selama semusim

> Pemain tengah itu kini berada di Itali untuk ujian perubatan

> Kehadiran Pedro membuka laluan kepadanya untuk berhijrah ke Juventus

> Cuadrado menyertai Chelsea dari Fiorentina pada harga £23.3 juta musim sejuk lalu

PEMAIN tengah Chelsea, Juan Cuadrado tiba di Turin, Itali untuk menjalani ujian perubatan sebagai langkah menyertai Juventus secara pinjaman selama semusim.

Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta sebelum ini telah dipetik sebagai berkata yang mereka berharap akan dapat membawa masuk pemain antarabangsa Colombia itu secara pinjaman pada kadar yang segera.

Juventus kemudian pada Selasa mengeluarkan foto yang menunjukkan para peminat menanti ketibaan pemain berusia 27 tahun itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa di utara Itali.

Cuadrado mencuri perhatian ramai dengan aksi luar biasanya ketika mewakili Colombia pada temasya Piala Dunia di Brazil tahun lalu, tetapi gagal menghasilkan semula impak yang sama selepas menyertai Chelsea Februari lalu dari sebuah lagi kelab Itali, Fiorentina.

Dia menandatangani kontrak empat setengah tahun bersama Chelsea.

Bagaimanapun tidak sampai enam bulan selepas menyertai Chelsea, kelab itu mendapati Cuadrado tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak pantas permainan Liga Perdana Inggeris dan dengan ketibaan pemain baru Pedro dari Barcelona, mereka sudah tidak sabar untuk melepaskannya semula ke Itali.

Artikel Lain