suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lupakan Pedro, Sasaran Man United Lebih Besar - Woodward

KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dilaporkan menjadi individu yang menerima tekanan paling kuat apabila penyerang Barcelona, Pedro menyertai Chelsea baru-baru ini.

Pedro yang dikaitkan dengan United melakukan pemindahan mengejutkan apabila memilih Chelsea minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu pemain terbabit berjaya membantu skuad kendalian Jose Mourinho untuk mendapat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Berikutan itu, Woodward dipersalahkan kerana gagal membawa penyerang terbaik ke United untuk membantu barisan serangan Louis Van Gaal yang agak tumpul ketika ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru Woodward ternyata mengejutkan penyokong United sebelum jendela pemindahan pemain ditutup.

"Jangan bimbang, kami ada sasaran yang lebih besar. Kamu boleh lupakan Pedro," jelas Woodward untuk mengembalikan keyakinan peminat setia kelab gergasi Inggeris berkenaan.

United ketika ini dikatakan sedang memancing bintang Brazil, Neymar dengan pembelian  lebih £100 juta dari Barcelona.

Selain itu antara nama lain yang dikaitkan ialah Gareth Bale, Thomas Muller dan Zaltan Ibrahimovic.

Manchester United, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain