suria

Balotelli Dipinjamkan Semula Ke AC Milan

Balotelli kembali menyarung jersi AC Milan.

MILAN: Penyerang Liverpool, Mario Balotelli akan kembali ke AC Milan selama satu musim selepas kedua-dua kelab berkenaan memeterai perjanjian pinjaman itu pada Isnin.

Balotelli dikatakan gagal berada pada prestasi terbaiknya sejak menyertai Liverpool dan tidak beraksi mewakili Itali pada Piala Dunia di Brazil tahun lalu.

Laman web sukan Gazzetta dello melaporkan, Balotelli akan menjalani ujian perubatan di Milanello pada Selasa.

Jika semuanya berjalan lancar, pemain berusia 25 tahun itu akan memperkuat Milan dalam aksi pembukaan Serie A musim ini menentang Empoli.

Menurut laporan tersebut, tiada syarat dinyatakan sama ada Milan dibenar membeli semula Balotelli sehingga tamat musim ini dalam perjanjian itu.

Sementara itu, majoriti penyokong Milan menolak kehadiran semula Balotelli bersama pasukan tersebut.

Dalam tinjauan awal yang dibuat laman web Gazzetta minggu lalu, 74 peratus pembaca percaya ia satu kesilapan dilakukan kelab itu manakala hanya 26 peratus menerima kehadiran Balotelli.

Namun Ketua Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani, dilaporkan antara yang bertanggungjawab dalam perpindahan tersebut.

Mario Balotelli, AC Milan

Artikel Lain