suria

Olahraga Dunia: Fraser-Pryce Raih Emas Acara 100 Meter Wanita

Fraser-Pryce (kanan) meraih tempat pertama dalam acara akhir 100m wanita pada Isnin.

PELARI pecut wanita dari Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce meraih pingat emas dalam acara 100 meter pada aksi Kejohanan Olahraga Dunia di Beijing, Isnin.

Fraser-Pryce mencatat 10.76 saat di depan pelumba Belanda, Dafne Schippers dan Tori Bowie dari Amerika Syarikat.

Kemenangan ini menjadikan koleksi ketiga gelaran dunia buat Fraser-Pryce selepas tahun 2009 dan 2013 sekaligus mengikut jejak langkah Usain Bolt yang telah meraih emas dalam acara pada Ahad. 

Dalam pada itu, Schippers tidak menjangkakan akan meraih pingat perak.

"Saya terlalu gembira. Ia merupakan rekod kebangsaan. Saya adalah kedua terbaik dunia. 

"Ia dianggap 'gila'...apabila kamu berada berdekatan dengan Fraser-Pryce, kamu akan meraih pingat".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain