suria

Ronaldo Beli Apartmen Mewah RM79 Juta Di New York

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo dilaporkan membeli sebuah apartmen mewah Trump Tower di Fifth Avenue, New York bernilai $18.5 juta (RM79 juta).

Apartmen eksklusif yang mempunyai tiga buah bilik tidur serta tiga setengah buah bilik mandi itu milik jutawan hartanah Itali, Alessandro Proto di bangunan milik rakan perniagaannya, Donald Trump.


Malah apartment itu diubahsuai mengikut inspirasi sebuah novel terkenal '50 Shades of Grey'.




Menurut laman web Warburg, kediaman mewah itu dibina pada tahun 1983, dan diubahsuai oleh Juan Pablo Monyneux yang dapat melihat panorama di Central Park, Hudson River ,bangunan paling ikonik Empire State Building di Manhanttan, Chrysler Building dan Freedom Tower.

Kediaman yang berada di 5th Avenue, 56th Street ini dianggap paling berprestij dan selamat diduduki.

Pada Mei lalu, Forbes menilai Ronaldo sebagai atlet berpasukan dan pemain bola sepak yang menerima gaji paling tinggi selepas meraih gaji, bonus dan tajaan bernilai $79 juta tahun lalu (RM336 juta) sekaligus menewaskan pemain Barcelona, Lionel Messi.





Cristiano ronaldo

Artikel Lain