suria

Rooney Bukan Lagi Penyerang, Tetapi Perancang - Gullit

Ruud Gullit

LONDON: Manchester United perlukan penyerang berkelas dunia, demikian kata legenda Belanda, Ruud Gullit.

Malahan kata Gullit, pengurus kelab gergasi England itu, Louis van Gaal perlu berusaha untuk membawa seorang penyerang terbaik sebelum tarikh tutup perpindahan pemain hujung bulan ini.

Kenyataan itu dibuatnya susulan tindakan United yang dikatakan cuba mendapatkan khidmat pemain sayap Barcelona, Pedro.

“Kamu boleh lihat bahawa pasukan ini tidak memiliki penyerang yang baik. Rooney bukan lagi penyerang sebenar.

“Dia lebih dilihat sebagai perancang dalam permainan United tetapi tidak mampu menggalas tugas sebagai penyerang utama," katanya.

Kata Gullit lagi, pada aksi menentang FC Club Brugge, adalah jelas Rooney seperti sedang bergelut dengan prestasi sebenar.

“Rooney bekerja keras tetapi dia seharusnya mencari keseimbangan ketika beraksi di padang dan sebab itulah  United perlu membeli seorang penyerang yang mampu menjalankan tugas dengan baik,” katanya. 

Artikel Berikut

Artikel Lain