suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden IAAF: Kemuncak Kerjaya Atlet - Coe

Sebastian Coe kini menggalas tugas berat sebagai Presiden IAAF.

PARIS: "Inilah kemuncak kerjaya saya sebagai atlet," kata bekas juara Olimpik 1,500 meter, Sebastian Coe.

Itulah reaksi atlet kebanggaan United Kingdom yang kini berusia 58 tahun itu selepas dipilih sebagai Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) yang baharu pada majlis di Beijing pada Rabu.

"Tugas ini berkaitan sukan yang dekat dihati dan jiwa saya. Ia juga sesuatu yang sememangnya ingin saya laksanakan," kata pemenang dua pingat emas Olimpik itu.

Ahli gabungan IAAF sebanyak 214 persatuan telah mengundi untuk memilih kepimpinan mereka bagi membawa nafas baharu selain keluar daripada belenggu masalah doping dalam olahraga dunia.

Coe menggantikan Lamine Diack, 82, dari Senegal yang telah memimpin IAAF selama 16 tahun.

Pencabar lain ialah legenda lompat bergalah Olimpik dari Ukraine, Sergey Bubka.

Kemenangan Coe membolehkannya menggalas tugas sebagai presiden selama empat tahun, berkuatkuasa 31 Ogos ini.

Dalam pemilihan tersebut Coe meraih 115 undian daripada ahli gabungan manakala Bubka sekadar menerima 92 undian. 

Sebastian Coe, IAAF, Olimpik

Artikel Berikut

Artikel Lain