suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicolas Otamendi Kini Milik Manchester City

PEMAIN kelahiran Argentina, Nicolas Otamendi kini sah menjadi milik Manchester City selepas menandatangani kontrak bersama kelab itu selama lima tahun.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kontrak perpindahan Otamendi berjumlah £32 juta (RM206.09 juta).

"Saya di sini (Manchester City) untuk memberikan keupayaan terbaik saya dan membantu Manchester City mempertahankan prestasi yang terbaik selama mungkin.

"Saya berharap agar dapat memenangi beberapa gelaran," katanya yang akan memakai jersi nombor 30.

Kehadiran Otamendi meramaikan lagi pemain skuad kebangsaan Argentina ke Manchester City.

Beberapa pemain lain sudah pun berada di Stadium Etihad seperti Sergio Aguero, Martin Demichelis, dan Pablo Zabaleta.

Otamendi menjadi pemain ketiga Manchester City di bawah pengurus Manuel Pellegrini pada musim panas ini selepas Jason Denayer dan Raheem Sterling.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain