suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diego Godin Perbaharui Kontrak Atletico Madrid

Diego Godin.

PEMAIN Atletico Madrid, Diego Godin mengakhiri spekulasi mengenai beliau akan berpindah ke kelab lain selepas memperbaharui kontraknya di Madrid, Sepanyol.

Pemain berusia 29 tahun itu menyambung kontrak selama empat tahun.

Terdahulu, dilaporkan Godin diintai oleh Manchester City. Bekas rakan pasukannya, Miranda sebelum ini meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai Inter Milan pada musim panas.

Keadaan itu menyebabkan Godin dikatakan mahu mengikuti jejak Miranda untuk meninggalkan Stadium Vicente Calderon.

Bagaimanapun, khabar angin mengenai Godin reda dengan kehadiran Nicolas Otamendi dari Valencia ke Manchester City.

Sebaliknya, pemain kelahiran Uruguay itu memutuskan untuk bertahan lebih lama lagi bersama Atletico Madrid.

Godin sering menjadi pemain utama bagi skuad di bawah pengurus Diego Simeone. Setakat ini, Godin telah terlibat dalam 212 permainan dengan 18 jaringan.

Atletico Madrid, Diego Godin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain