suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejuaraan Dunia: Chong Wei Wakil Tunggal Negara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 35 minit untuk menewaskan pemain Hong Kong, Hu Yun sekaligus mara ke pusingan separuh akhir Kejuaraan Badminton Dunia yang berlangsung di Jakarta pada Jumaat.


Chong Wei mencatat keputusan 21-12 21-18 mengetepikan Hu Yun selaku pemain pilihan ke-13 kejohanan.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, pasangan beregu wanita negara, Amelia Anscelly-Soong Fie Choo terpaksa akur tewas kepada gandingan tuan rumah, Nitya Krishinda Maheswari/Greysia Polii  dengan catatan 21-11 21-11 dalam tempoh 38 minit.

Beregu emas Sukan SEA Singapura ini sebelum ini membuat kejutan dengan menewaskan pasangan nombor satu dunia Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi pada pusingan ketiga.

Dengan kekalahan tersebut menjadikan Chong Wei wakil tunggal negara yang meneruskan aksi kejuaraan kali ini.

Kejuaraan Dunia, Lee Chong Wei

Artikel Berikut

Artikel Lain