suria

23 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat Hadapi Kejuaraan B-19 AFF 2015

KUALA LUMPUR: Dua puluh tiga pemain bawah 19 tahun (B-19) terpilih untuk menyertai kem latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi persediaan menghadapi kempen Kejuaraan B-19 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2015 di Vientiane, Laos pada 22 Ogos hingga 4 September ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media berkata, 21 daripada 23 pemain di bawah seliaan ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Mohd Waras itu adalah daripada 30 pemain skuad Harimau Muda C dan dua lagi pemain Kelab Frenz United.

Dalam Kejuaraan B-19 AFF itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar, Singapura dan Timor Leste, manakala Kumpulan A pula terdiri daripada Thailand, Australia, Kemboja, Brunei, Filipina dan Laos.

Malaysia akan memulakan saingan kejohanan itu dengan bertemu Timor Leste pada 23 Ogos, Singapura (25 Ogos), Vietnam (27 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) sebelum mara ke separuh akhir pada 2 Sept dan akhir pada 4 Sept.Sementara itu, 20 pemain skuad bawah 14 tahun (B-14) di bawah kendalian jurulatih, Richard Nelson Scully dijadual akan bertolak ke Brunei pada Ahad ini untuk menyertai Festival Bola Sepak Serantau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-14 2015 di Bandar Seri Begawan, Brunei dari 18 hingga 23 Ogos.

Malaysia berada dalam kumpulan A bersama pasukan Brunei, Timor Leste, Filipina dan Myanmar manakala kumpulan B terdiri daripada pasukan Laos, Vietnam, Singapura dan Thailand.

Untuk perlawanan pertama, Malaysia akan bertemu Timor Leste pada 19 Ogos dan diikuti dua perlawanan pada 21 Ogos menentang Myanmar dan Brunei.

Melengkapkan jadual perlawanan, mereka akan bertemu Filipina pada 22 Ogos.

Senarai pemain skuad B-19: Khatul Anuar Md Jalil, Muhammad Hazrull Hafiz Zulkifly, Muhamad Hafiy Haikal Ismail, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham, Mohamad Hariz Kamarudin, Muhammad Nazirul Afif Ibrahim, R. Dinesh, Tan Yung Hong, Mohamad Ramadhan Jalil, Dominic Tan Jun Jin, Muhamad Rizalul Azuwan Supandri, Nik Azli Nik Alias, Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan, Mohammad Fitri Amani Ismail, Mohd Aiman Shakir Mohd Hashim, S. Thipanraj, Muhammad Syahmi Safari, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Mohamed Syamer Kutty Abba, Badrul Amin Rusalan, M. Kogileswaran Raj, Muhammad Izaffiq Ruzi, Mohammad Amirul Muhamad.

Senarai pemain skuad B-14: Nor Hakeem Hamidun, Muhammad Syafiq Sabaruddin, Muhamad Haziq Kamarulzaman, Muhammad Irfan Faiz Mohd Shaharudin, Muhammad Syahkhir Muhammad Razali, Muhammad Haziq Ramli, Muhammad Aikmal Roslan, Adam Farhan Mohd Azmi, Muhammad Noor Ezuwan Marhakim, V. Vinod, Akmal Hakim Razali, Danish Iman Mohd Kamarulzaman, Muhammad Aidil Azuan, T. Saravanan, Muhamad Muizuddin Nafis Nazrol, Muhammad Izzat Zikri Iziruddin, Muhammad Shafi Azswad Sapari, Mohd Nasip Mohammad Zain, Aidil Firdaus Muhad Razuli, Muhammad Fadil Abdullah 

-- Bernama
B-19, MSN, Harimau Muda C

Artikel Sebelum

Artikel Lain