suria

Mostert Juarai Cabaran V8 Supercars

Chaz Mostert menjuarai Cabaran 1 perlumbaan jalanan Supercars pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Pelumba muda Australia, Chaz Mostert menjuarai Cabaran 1 dalam acara pertunjukkan Cabaran V8 Supercars pada perlumbaan jalanan Grand Prix Kuala Lumpur City di sini, Sabtu.

Pelumba pasukan Pepsi Maxx Crew berumula 23 tahun itu berjaya menamatkan perlumbaan 12 pusingan dengan catatan masa 16 minit 12.920 saat.

Mostert, yang mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas semalam, merakamkan masa terpantas sepusingan iaitu 1:25.994s pada pusingan ke-10.

"Saya sangat gembira mendapat kemenangan pertama dan tidak sabar untuk esok.

Agak panas juga di trek," katanya.

Mengekori hanya 0.601 saat di belakang ialah Scott McLaughlin daripada pasukan Volvo Polestar Racing, New Zealand dan Will Davison daripada Erebus Motorsports di tempat ketiga dengan masa 16:15.144s.

Todd Kelly dari Nissan Motorsports, yang memulakan saingan daripetak pertama, bagaimanapun, menamatkan saingan di tangga keempat dengan catatan masa  16:15.955s.

Juara tiga kali V8 Supercars, Craig Lowndes pula mengalami masalah tayar pada pusingan terakhir.-- Bernama


Chaz Mostert, Cabaran V8, Supercars

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain