KUALA LUMPUR: Todd Kelly dari pasukan Nissan Motorsports akan memulakan aksi dari petak pertama bagi Cabaran V8 Supercars pada KL City Grand Prix 2015 yang julung kali diadakan. Pemandu dari Australia berusia 35 tahun itu mencatat masa satu minit 24.569 saat, hanya 0.062 saat di hadapan rakan senegaranya, Craig Lowndes dari Red Bull Racing Australia. Lowndes, juara tiga kali V8 Supercars, mencatat masa 1:24.631s. Kategori ini diadakan sebagai perlumbaan demonstrasi yang hanya melibatkan lima buah kereta. Acara V8 Supercars akan menggegarkan trek sekali lagi pada pukul 1.25 tengah hari ini untuk cabaran perlumbaan pertama.-- Bernama