suria

Mourinho Kekal Bersama Chelsea Sehingga 2019

Jose Mourinho.

JOSE Mourinho menandatangani kontrak baharu selama empat tahun sebagai pengurus Chelsea.

Dengan kontrak baharu itu, Mourinho akan kekal di Stamford Bridge sehingga 2019.

"Saya katakan apabila saya kembali ke sini, saya mempunyai perasaan istimewa untuk kelab ini dan tiada yang berubah.

"Saya fikir ia perkara normal untuk saya menandatangani kontrak baharu. Adalah penting untuk kita memiliki kesinambungan ini dan saya berharap kami boleh mencapai lebih kejayaan pada masa depan - untuk peminat, pemain dan kelab ini," katanya.

Malah, Mourinho turut mengakui Chelsea merupakan kelab yang sentiasa dekat dengan hatinya.

Disebabkan itu, katanya, beliau gembira kerana diberi kepercayaan untuk terus mengemudi Chelsea bagi tempoh empat tahun lagi.

"Ia kelab yang amat dekat dengan hati saya. Saya amat gembira apabila diberi peluang untuk kekal di sini lebih lama," katanya.

Sementara itu, Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata kelab itu turut berbesar hati kerana Jose menyatakan komitmennya untuk terus berada bersama kelab tersebut.

"Sejak ketibaannya dua tahun lalu, beliau membangunkan skuad dengan teliti dan membawa trofi ke Stamford Bridge," kata Granovskaia.

Jose Mourinho, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain