suria

Iniesta Dipilih Sebagai Kapten Baru Barcelona

PEMAIN veteran Barcelona, Andres Iniesta telah dipilih oleh rakan-rakan sepasukannya sebagai kapten baru kelab tersebut mengantikan Xavi yang bersara dan berhijrah ke kelab Qatar, Al-Sadd.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu adalah salah seorang daripada tiga penolong kapten musim lalu.

Kini, Iniesta , 31, akan dibantu oleh tiga penolong kapten iaitu Lionel Messi, Sergio Busquets dan Javier Mascherano.

Sepertimana Iniesta, kesemua mereka juga dipilih secara majoriti pemain yang lain.

Tidak sepertimana kelab-kelab lain, kapten untuk pasukan Barcelona dipilih secara undian di kalangan pemain, bukan oleh pengurus pasukan.

Bagi Messi dan Busquets kali ini mereka naik setapak lagi dari segi kedudukan sebagai pilihan kapten pasukan manakala Mascherano inilah pertama kali dia diberi tanggungjawab ini.

Barcelona akan berhadapan Roma Rabu ini dalam satu lagi perlawanan persahabatan sebelum menentang Sevilla dalam Piala Super Uefa pada 11 Ogos.

Barcelona akan memulakan kempen mempertahan kejuaraan liga mereka menentang Athletic Bilbao di tempat lawan pada 14 Ogos. 


Artikel Lain