suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafael Ucap Terima Kasih Kepada United Selepas Tandatangani Kontrak Bersama Lyon

RAFAEL da silva akan melengkapkan perpindahannya ke Lyon minggu ini selepas pihak Ligue 1 mengesahkan pemain pertahanan tersebut telah lulus pemeriksaan perubatan dan menandatangani perjanjian empat tahun.

Pemain antarabangsa Brazil membuat penampilan lebih 150 kali ketika bersama Manchester United sejak tiba di kelab itu pada tahun 2008, tetapi pengambilan pemain bek kanan baru, Matteo Darmian telah membuatkan dia berhijrah dari Old Trafford ke Lyon.

Perpindahan itu menyaksikan Lyon membayarnya dengan jumlah yang tidak didedahkan, namun di rantau ini pemain berusia 25 tahun itu dipercayai dibayar sebanyak €3.5 juta.

Awal hari ini, Rafael menulis kata-kata perpisahan penuh emosi kepada United, di Twitter.

Rafael keluar dari Old Trafford tiga tahun selepas adik kembarnya Fabiowas dipinjamkan kepada QPR.

Fabio kembali ke Manchester, tetapi mendapati peluang terhad di bawah David Moyes dan menandatangani perjanjian bersama Cardiff City pada Januari 2014.
Lyon, Ligue 1, RAFAEL da silva

Artikel Sebelum

Artikel Lain