suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BAM Adakan Ujian Pemilihan Bagi Kejohanan Remaja Dunia

Morten Frost Hansen.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan sesi ujian pemilihan pemain untuk Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Lima, Peru dari 4 hingga 8 November ini.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata pemilihan akan diadakan di Stadium Bukit Kiara pada 10 hingga 14 Ogos ini dan akan dipantau oleh Pengurus Projek Prestasi Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS), Kwan Yoke Meng dan jurulatih lain.

Beliau berkata mereka akan mengundang beberapa pemain yang mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Remaja Asia di Bangkok, Terbuka Perak, sirkit akhir remaja kebangsaan akan datang di Alor Setar dan juga kejohanan antarabangsa lain.

"Kami telah mengenal pasti pemain-pemain yang kami berpendapat perlu berada dalam ujian pemilihan," katanya kepada pemberita di Pejabat BAM di Stadium Bukit Kiara, di sini Isnin.

Sementara itu, Frost merancang untuk melakukan beberapa perubahan untuk membentuk lima pemain yang beliau sifatkan diletakkan dalam 'ruang' kerana tidak terlibat dalam program maksimum dalam tempoh setahun.

"Ini (membuang masa mereka). Saya fikir kita boleh melakukan lebih baik apabila mereka berada di luar kelompok lima. Mereka sebenarnya mempunyai sepenuh masa untuk bermain dan latihan.

"Kita tidak benar-benar menggunakannya. Saya fikir kita boleh mengkaji dan melihat apa yang perlu dirombak," katanya.

Frost berkata beliau akan menghantar cadangan itu dan berharap BAM akan menerima perubahan dan membuat beberapa pelaburan untuk mencapai sasaran mereka.
Morten Frost Hansen, BAM

Artikel Lain