suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM193 Juta Nilai Benteke Ke Liverpool

Christian Benteke

LONDON: Nilai perpindahan sebanyak £32.5 juta (RM192.9 juta) dipersetujui Liverpool untuk mendapatkan penyerang Aston Villa Christian Benteke.

Media British melaporkan, pemain antarabangsa Belgium berusia 24 tahun itu akan menjalani ujian perubatan minggu ini dan dijangka menyertai pasukan barunya untuk jelajah Australia.

Doktor kelab Liverpool akan meninggalkan Jelajah Australia untuk terbang semula ke Britain bagi menguruskan perkara itu.

Sejak menyertai Aston Villa dari Genk pada 2012, Benteke berjaya menjaringkan 49 gol menerusi 101 penampilan.

Dia membantu pasukannya bagi mengelak dari penyingkiran pada musim lalu.

Liverpool melakukan bidaan untuk Benteke selepas menjual Raheem Sterling ke Manchester City dengan rekod pembelian sebanyak £49 juta (RM290.9 juta).


Benteke, Liverpool, Britain, Aston Villa

Artikel Sebelum

Bianci Bersemadi Di Nice

Artikel Berikut

Artikel Lain