suria

Bianci Bersemadi Di Nice

Jules Bianchi

PARIS: Pemandu Formula Satu dari Perancis yang meninggal dunia selepas koma selama sembilan bulan susulan kemalangan di Grand Prix Jepun akan dikebumikan di kampung halamannya di Nice pada Selasa.

Upacara untuk memberi penghormatan terakhir buat Jules Bianchi itu akan berlangsung di tempat kelahirannya di selatan negara itu.

Pelumba berusia 25 tahun itu menghembuskan nafas terakhir Jumaat lalu di Hospital Universitaire di Nice.

Dia adalah pemandu Formula Satu yang terkorban akibat kemalangan sejak juara dunia tiga kali Ayrton Senna di San Marino pada 1994.

Bianchi menyertai Marussia pada 2013 dengan menyertai 34 perlumbaan serta meraih dua mata.

Bianchi mengalami kecederaan di kepala selepas keretanya terbabas ketika hujan lebat di Litar Suzuka pada 5 Oktober sebelum melanggar trak di tepi litar ketika kelajuan jenteranya mencecah 200 kilometer sejam.

Kematiannya menamatkan kerjaya di mana dia sendiri bercita-cita untuk menyertai kelab elit Ferrari.

Dilahirkan di Nice pada 1989, Bianchi mempunyai latar belakang keluarga yang terbabit dengan dunia perlumbaan di mana datuknya, Mauro pernah menyertai saingan Formula Tiga sekitar 1960an.


Jules Bianchi, Nice, Formula Satu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain