suria

Benitez Tolak West Ham Demi Real Madrid

Rafael Benitez. Foto EPA

PROGRAM televisyen Football Italia melaporkan bahawa Rafael Benitez sedang melakukan rundingan dengan Real Madrid selepas menolak tawaran West Ham United.

Kontrak Benitez di Napoli akan berakhir akhir Jun depan. Terdapat kemungkinan kontrak itu akan dilanjutkan terhadap beliau yang menjadi pengurus selama dua tahun di San Paolo.

Beberapa media Inggeris mendakwa West Ham telah mendekati bekas pengurus Liverpool dan Chelsea itu. Bagaimanapun, laporan terbaharu mengatakan bahawa Benitez menutup peluang tersebut kerana mendapat kontrak daripada Real Madrid.

Jika benar, ini bermakna masa depan pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti kini terancam. Keadaan itu disebabkan kegagalannya untuk memenangi gelaran La Liga Sepanyol dan mempertahankan kejayaan di Liga Juara-Juara.


Rafael Benitez, Real Madrid, West Ham

Artikel Lain